Aeril Zafrel Manjakan Isteri Dengan Ajar Mengaji Al-Quran
Sebelum ini, Aeril Zafrel berkongsikan komen seorang individu mengatakan pelakon itu dikatakan terlalu manjakan isterinya, Wawa Zainal.
Aeril mempersoalkan kembali kenyataan yang ditujukan kepadanya serta bertanyakan adakah lelaki sememangnya tidak boleh memanjakan isteri.
BACA: Aeril Zafrel Dituduh Terlalu Manjakan Wawa Zainal
View this post on Instagram
Terbaru, Aeril dilihat memuat naik video sedang ‘memanjakan’ isterinya dengan mengajar mengaji Al-Quran. Malah, Aeril turut menyertakan kapsyen manjakan isteri.
Perkongsian Aeril itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan video tersebut serta memuji cara pelakon itu memanjakan isterinya.
Malah, netizen turut menyifatkan Aeril sebagai suami contoh serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.
Kebanyakan acik kat luar sana dimanjakan dengan kaki dan tangan . Kalau tak pun bini muda yang dimanjakan sebab tu mereka jeles
Baguslah. Tapi muka kau tu dah kenapa? Tak boleh nak relax? Alah alah dulu masa mula masuk industri, kering dan kusam ja.
Tapi la ni, kuat perasan. Artis Malaysia memang poyo ya? No wonder tak mampu gi international, sbb suka melayan komen bawang dan buktikan perkara yang sepatutnya untuk kehidupan sendiri dengan Allah.
Lee Dong Wook yang macho, handsome, kaya gila babas, dpt job from Chanel and FENDI juta2 dan fans satu dunia pon tak poyo macam mamat ni, lagi humble and bersantun.
Artis Melayu acah Islamic tapi perangai takda akhlak Islam pon. Sedih!