“Kalau Nak Suami Baik, Kita Kena Jadi Baik Dulu”
Boleh dikatakan tahun lalu merupakan pencapaian terbaik buat Wany Hasrita apabila dinobatkan Bintang Paling Popular 2018. Penyanyi berusia 26 tahun ini memberitahu, untuk tahun 2019 dia mahu lebih fokus pada kerjaya seninya dan soal jodoh belum lagi menjadi keutamaan.
Ujar Wany, baginya jika seseorang wanita itu inginkan seorang suami yang baik, dia perlu memperbaiki kelemahan dirinya terlebih dahulu. Bagaimanapun, Wany berkata dia menghalang jika ditakdirkan ada jodoh yang datang.
BACA: Wany Hasrita Hadiahkan Kereta Untuk Ibu
“Saya berazam untuk menjadikan diri lebih baik. Sebab sekecil-kecil perangai, kita tahu selepas ini tak boleh buat lagi dan perlu perbaiki kelemahan kita.
“Paling penting, saya mahu menjaga keperibadian diri. Orang cakap kalau nak suami baik, kena jadi yang lebih dahulu. Jadi, saya nak jadi yang lebih baik. Soal jodoh ini bukan keutamaan saya sebab fokus saya hanya pada kerjaya. Tapi saya tak halang kalau ada jodoh datang cuma saya tak cari,” katanya kepada mStar Online.
Wany turut memberitahu azamnya untuk tahun 2019 mahu bekerja lebih keras dan tidak mahu lagi terpalit dengan kontroversi seperti tahun lalu yang ternyata memberikan pengajaran buat dirinya.
“Macam tahun lalu, kita dapat lihat saya ada terpalit dengan beberapa kontroversi. Tapi bagi saya, itu pengajaran sebagai anak seni.
“Sebab itu tahun ini azam saya untuk tidak berkata lantang, menjaga keperibadian dan menjaga kata-kata yang saya nak keluarkan,” katanya.
- SUMBER
- mStar
Insya-Allah. Aaminnn
kawin je lah sis. vokal ko mmg kenot go la.
X PAYAH SEMBANG LA SIS. BESOK ANAK DATUK, ADA PANGKAT, KERETA SPOT TERUS…. “I DO”.
baik je tak cukup, kena pandai masak dan rajin sis. barulah suami sayang. ni tak asyik main handset jew layan drama pkl 7 tv3… huhuhuk
Isteri bukan kuli. Masak , kemas rumah ke semua tu tgjwb suami. Isteri tolong atas ihsan je. Tolong dpt pahala kalau ikhlas. Sebab tu la skg byk cerai dan perempuan xnak kahwin, sebab dah terlebih berdikari semua buat sendiri
Betul kak ton… Kalo sama bkerja, balik isteri jadi kuli.. Bli barang dapor kongsi… Bodoh.
inshaallah klu ada niat dr hati kecil utk jadi baik…awak akan dpt ,tetapkan niat ..jgn ada sebarang alasan…akan d makbulkn…
baguslah…jangan lepas sendu 10 tahun karang ko viral kisah nurse x tukar cadar mcm retis veteran sekor tu. hahahaah
Napa aku xrase dia ni fofular..
Aku pon rasa yg sama….
Mmg x pun… Suara ke laut ms live. Akak yg nyanyi masa busking Sogo lagi best.. Thp ziana zain. Arap muka cntik.
Penyanyi ni tak berbakat… Kalau dibandingkan dgn siti nurhaliza bagaikan langit dgn bumi… Berangan konon artis popolor… Sedih minah ni…
Indeed, betul tu sis. Jodoh tu rahsia Allah, tapi memang Allah dah set lelaki yg baik utk wanita yg baik, yg jaga akhlak, budi pekerti. Dik Wany, biarlah orang dok kecam awak tak layak jadi bintang popularlah, biarkan je dik. Siapalah kita nak menidakkan rezeki Allah. Teruskan dengan imej sopan awak ye.