fbpx

“Kalau Nak Maki Atau Hina Saya, Jangan Di IG Sebab Tak Gentle”

Perkongsian Ali Puteh yang rindukan arwah abangnya, Allahyarham Abam Bocey mengundang kecaman netizen apabila ada yang menyifatkan pelawa itu hanya sekadar mahu meraih perhatian semata-mata.

Namun apa yang mengejutkan apabila Ali membalas komen netizen yang dilihat terlalu kasar serta memanggil netizen anjing. Susulan itu, ada yang melabelkannya seorang yang panas baran serta membandingkan keperibadiannya dan arwah Abam yang jauh berbeza.

BACA: Ali Puteh Panggil Netizen Anjing Sebab…

Berang dengan komen kecaman yang diterima, Ali mencabar netizen agar bersemuka dengannya. Malah, Ali turut mempelawa sesiapa sahaja yang mahu bertemu empat mata jika mahu memaki ataupun menghinanya.

“Bismillah, ayuh berdepan. Komen-komen mintak gentle, berdepan empat mata baru sedap. Saya pelawa ni, bila-bila masa sahaja,” tulisnya.

Terdahulu, Ali Puteh berkongsikan foto kenangan bersama abang kesayangannya ketika zaman kanak-kanak mereka. Ali turut meluahkan rasa rindu buat abangnya dan mengatakan bahawa ibu turut merindukan Abam.

Bagaimanapun, ada netizen mengatakan jika rindukan orang yang sudah pergi adalah lebih baik jika sedekahkan doa. Dalam pada itu, ada yang memberikan nasihat kepada Ali supaya lebih bersabar dan adalah lebih baik jika berdiam diri.