fbpx

Ali Puteh Panggil Netizen Anjing Sebab…

Genap sebulan pemergian Allahyarham Abam Bocey, pelawak Ali Puteh berkongsikan foto kenangan bersama abang kesayangannya ketika zaman kanak-kanak mereka. Ali turut meluahkan rasa rindu buat abangnya dan mengatakan bahawa ibu turut merindukan Abam.

Rata-rata netizen meminta agar Ali bersabar dengan ketentuan Tuhan serta berdoa agar roh arwah abangnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Bagaimanapun, ada segelintir menyifatkan luahan Ali itu hanya mahu meraih simpati.

BACA: Ali Puteh Diminta Bayar RM30,000 Jika Mahu Kembali Instagram

Malah, jika rindukan orang yang sudah pergi adalah lebih baik jika sedekahkan doa. Namun apa yang mengejutkan apabila Ali membalas komen netizen itu dengan cara kasar serta memanggil netizen tersebut anjing.

Melihatkan cara Ali membalas komen netizen itu ada yang melabelkannya seorang yang panas baran. Malah, ada netizen meluahkan rasa hairan mengapa pelawak itu tidak boleh menggunakan bahasa yang lebih elok untuk membalas komen tersebut.

Tidak kurang juga ada yang membandingkan keperibadian Ali dan arwah Abam yang jauh berbeza. Dalam pada itu, ada yang memberikan nasihat kepada Ali supaya lebih bersabar dan adalah lebih baik jika berdiam diri. (rtky/f)

Berita baik untuk semua! Watsons Malaysia kini sedang mengadakan promosi Beli Satu Percuma Satu untuk produk jenama Watsons terpilih di seluruh Malaysia! Jom serbu cawangan Watsons berdekat di seluruh Malaysia atau beli online di http://bit.ly/2wlS9Xq sekarang!

Promosi sehingga 30 Mac 2020 (SM), 6 Apr (SS). Tertakluk terma & syarat, sementara stok masih ada.