Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa susulan pendedahan penceraiannya kepada umum. Bagaimanapun, ada yang menuduhnya seolah sengaja membuka aib bekas isterinya, Noor Azlin.
Menerusi perkongsian itu, Alha mendakwa dia sudah mendapat persetujuan dari bekas isteri untuk memberitahu perkara sebenar mengenai status rumah tangga mereka. Bagaimanapun, Alha kemudian bertindak memadam status berkenaan.
BACA: Bekas Isteri Alha Alfa Buka Mulut, Nafi Pernah Hamil
Ujarnya dia memadam perkongsian tersebut bukan kerana takut tetapi tidak mahu bekas isterinya terganggu dan mahu kisah mereka tamat sampai disini sahaja serta mendoakan agar wanita itu bertemu dengan pengganti yang lebih baik.
Menerusi Insta Story, Alha dilihat meluahkan rasa kecewa segala kebaikan yang pernah dilakukannya tidak dipandang. Malah, usahawan kosmetik itu juga menyatakan dirinya difitnah oleh orang yang disayangi.
Terdahulu, Alha berkata dia dan Azlin sepakat untuk berpisah secara baik selepas masing-masing sudah tidak lagi persefahaman. Ujarnya, banyak dugaan melanda rumah tangga mereka termasuk berbezaan jarak usia dan kerjaya menjadi punca rumah tangga mereka gagal.