fbpx

Bekas Isteri Alha Alfa Buka Mulut, Nafi Pernah Hamil

Tampil mendedahkan mengenai penceraiannya kepada umum, Datuk Alha Alfa menerima kecaman netizen apabila ada yang menyifatkan perkongsiannya itu seolah membuka aib bekas isterinya, Noor Azlin.

Menerusi pendedahan itu Alha berkata bekas isterinya kuat cemburu dan tidak memahami kesibukan kariernya sebagai jurumekap dan usahawan kosmetik. Kata Alha lagi, rumah tangganya dengan Azlin normal dan hampir bergelar ibu bapa namun bekas isterinya keguguran.

BACA: Tak Mahu Isteri Cederakan Diri, Alha Alfa Cerai Lepas 6 Bulan Nikah

Tidak lama berita perceraian itu tersebar, Azlin dilihat memuat naik status luahan hatinya mengenai apa yang berlaku. Namun apa yang menjadi perhatian apabila Azlin mendedahkan dia tidak pernah hamil seperti yang didakwa bekas suaminya.

Terdahulu, Alha berkata dia dan Azlin sepakat untuk berpisah secara baik selepas masing-masing sudah tidak lagi persefahaman. Ujarnya, banyak dugaan melanda rumah tangga mereka termasuk berbezaan jarak usia dan kerjaya menjadi punca rumah tangga mereka gagal.