fbpx

“Kalau Nak Jumpa Biar Empat Mata, Antara Aku & Dia Je”

Terdahulu, pelawak Ali Puteh meminta usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri datang ke rumah tanpa membawa kamera untuk memohon maaf kepada ibunya, Sabariah Arshad yang terluka di atas tindakannya itu.

Bagaimanapun, Aliff memberitahu dia bersedia untuk bertemu dengan Ali Puteh serta keluarganya utnuk memohon maaf, bagaimanapun dia tetap dengan pendiriannya akan mengadakan secara langsung di media sosial.

BACA: “Ikut Dialah Nak Keluar Ke, Saya Tak Hirau Tentang Tu”

Dalam pada itu, ibu kepada arwah Abam berkata dia tidak menghalang jika Aliff Syukri ingin datang berjumpa dengannya tapi tidak dibenarkan untuk membuat sebarang rakaman.

“Makcik okay je kalau dia datang nak jumpa tapi dengan satu syarat tak mahu dia membawa kamera. Nak jumpa biar empat mata antara aku dengan dia sahaja. Kalau tidak, tak payah jumpa pun tak apa,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Sabariah mengakui rindu dengan cucunya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey iaitu anak tunggal kepada arwah Abam. Namun, selepas menantunya Nor Hidayah mengambil keputusan untuk keluar rumah, dia tidak lagi berhubung dengan wanita itu dan cucunya.