Pelakon Nabil Aqil berkata jika seseorang itu mahu bercinta dengan artis perlu kuat dari segi mental apatah lagi dikelilingi ramai lelaki.
Memetik Harian Metro, Nabil berkata dia pernah bercinta dengan artis tiga tahun lalu dan pengalaman tersebut membuatkan dirinya lebih berhati-hati.
BACA: Lakon Babak Bersentuhan, Sharifah Rose Tak Mahu Penonton Bosan
“Bukan serik, cuma lebih waspada.. Saya memang pernah bercinta dengan artis sekitar tahun 2022 atau 2023 dan pengalaman itu buat saya lebih berhati-hati.
“Tapi itulah, kalau kita nak bercinta dengan artis, kena ada kekuatan mental. Sebab mereka ni akan sentiasa dikelilingi ramai lelaki. Itu antara kelebihan dan kekurangannya juga,” katanya.
Sementara itu, enggan mendedahkan nama pelakon itu, Nabil berkata dia tidak pernah sangka akan menjalin hubungan dengan artis namun hubungan tersebut hanya bertahan tiga bulan.
“Hubungan itu tak seindah diharapkan. Itulah hubungan yang cuma bertahan selama tiga bulan. Hubungan itu renggang sebab dia berlakon dengan pelakon lelaki lain, dan dia mula jatuh hati dengan lelaki itu.
“Sebab itu saya sebenarnya lebih suka berkawan dan berhubungan dengan orang biasa. Itulah satu-satunya hubungan yang saya serius dengan artis wanita. Lepas tu, saya dah tak jumpa sesiapa yang betul-betul serasi,” katanya.
SUMBER: Harian Metro