fbpx

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai pasangan berlaku curang dan rumah tangga diganggu penyondol.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan usahawan sensasi, Sajat yang berkongsikan apa yang perlu dilakukan jika curangi pasangan terutama lelaki.

BACA: “Aku Tetap Islam Walaupun Mak Nyah” – Sajat

@jen.rjane

HAHAHA Aiyooo, biar sama-sama tersakiti 1-1 ?? #nursajat23 #sajat #sajatlive #nursajat237 #nursajat #sajatedit #sajatfunny #sajatvideo #fyp? @nursajat23 @NURSAJAT LEGACY COSMETIC AU

? original sound – J.RJ – ?.????

“Jat (Sajat), kalau lelaki curang apa nak buat?”tanya individu berkenaan.

Jawapan diberikan oleh Sajat ternyata menghiburkan, dimana dia memberiahu wanita berkenaan haruslah berlaku curang dengan pasangannya juga.

“Kalau lelaki curang, kau curanglah bodoh, takkan nak suruh buat apa lagi, curanglah. Takkan kau nak berdoa kot, kau curanglah,”jawabnya.

Kata Sajat lagi, dia turut berseloroh mengatakan ia perkara mudah yang perlu dibuat dan tidak perlu meminta pandangan sesiapa.

“Kalau dia curang, kau curanglah. Lepas tu kau blah (angkat kaki). Itu pun kau tanya lagi? Benda simple, benda tu pun aku nak kena ajar?”katanya.

Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur serta bersetuju dengan pandangan usahawan itu.