“Aku Tetap Islam Walaupun Mak Nyah” – Sajat
Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.
Baru-baru ini, Sajat mengakui dirinya masih beragama Islam meskipun sudah menukar jantinanya daripada lelaki kepada wanita.
BACA: Dicekik & Ditampar, Sajat Dedah Hampir Diperkosa Orang Arab
View this post on Instagram
Difahamkan, Sajat memberikan jawapan tersebut kepada seorang netizen yang meluahkan rasa kecewa apabila Sajat mengenakan tudung ketika di bulan Ramadan.
Sajat berkata lagi, meskipun dia mak nyah namun dia tidak menduakan agama serta meminta orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum.
Sementara itu, ada netizen berpendapat Sajat bertudung hanya mahu mempromosikan hijab tersebut. Malah, ada yang mengatakan Sajat mirip pelakon popular Rozita Che Wan.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen menyeru supaya Sajat segera bertaubat ke jalan yang benar dan mendoakan agar dia mendapat hidayah daripada Allah.
Aku tetap vegan walaupun baru makan KFC.
Sajat kembali lah kepada FITRAH asal.Pintu taubat masih terbuka.
Biarlah orang kecam dan kutuk pun. Tapi aku nak kata jugak… Sajat ni sebenarnya cantik. Ada kemanisan. Walaupun dipanggil pondan. Lebih cantik dari Shuhada yang ketagih simpati tu, antara lain.
Pondan ke gay ke lesbian ke xde sapa kata ko murtad ke dah terkeluar agama ke. Cuma perbuatan ko ubah fitrah asal ciptaan ko tu yg berdosa besar. Xde mana2 ulamak dlm dunia yg keluar fatwa kata sorg muslim yg jd pondan, transgender, lgbtqrstuvwxyz sekalipun!!!! Xde sapa kata mrk dianggap terkeluar dari aqidah islam.
Hakikatnya ko tetap jantan walaupun ko dah buang loceng yer Jat!
Janitidor
Kau jelah kahwin dgn Sajat ni..asyik dok puji Sajat je kau ni..mmg taste kau nyah loceng..hahaha
tapi sajat ni kelakar… aku dok tergelak aje layan tiktok dia…