“Kalau Kata Saya Curang, Lepaskanlah Saya” – Puteri Sarah
Pelakon Puteri Sarah meminta suaminya, Syamsul Yusof mengemukakan bukti dan tidak hanya bercakap kosong sahaja selepas mendakwa dirinya berlaku curang.
Memetik Utusan Online, Puteri Sarah berkata dia juga tidak gentar selepas suaminya itu memfailkan permohonan nusyuz terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, 21 Mac lalu.
BACA: “Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat” – Ibu Syamsul
“Saya tak nak dia hanya bercakap kosong sahaja, kita tengoklah apa dia boleh buat di mahkamah nanti. Dakwaan isu curang biarlah perkara itu diputuskan di mahkamah. Bagi saya jika dia hendak bercakap, perlu sertakan bukti,” katanya.
Menurut Puteri Sarah lagi, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail sanggup menjadi saksi kes tersebut dan meminta suaminya melepaskannya jika benar dakwaan dirinya curang.
“Selepas keluar rumah pada 2020, saya bukan tinggal sendiri sebaliknya saya memang tinggal dengan ibu bapanya. Sebab itu, ibu mentua saya sanggup jadi saksi kes kami.
“Saya sedikit pun tidak goyah dengan tuduhan nusyuz, saya dalam fasa cakaplah apa nak cakap, kalau kata saya curang lepaskanlah saya,” katanya.
Sebelum ini, Puteri Sarah berkata dia tidak mahu berdamai seperti diminta suaminya serta meminta agar segera diceraikan.
- SUMBER
- Utusan Online
Bila seorg wanita sudah mati rasa & tawar hati. Buatlah apa pun,dia mmg nekad.
Seorang wanita yg obviously tak terhegeh2 nak duit laki walaupun dia la paling berhak…beauty with brains
Ada orang tak senang duduk bab PS ni. Apa jer PS buat semua tak betul ada jer makian dia. Sepatutnya dia puashati PS nak cerai. Tapi tak, dia kecam jugak. Dia sakit hati sbb bila PS berkeras nak cerai, itu satu tamparan buat Sol. Dan bila Sol tak nak ceraikan PS, itu plak tamparan buat IK. Tapi org yg komen tu plak yg terlebih emosional. Tak senang tgk PS move forward. Agaknya PS meninggal baru puas hati dia. Tp mana tau dia tetap tak puas hati sbb hati dah hitam.
Tak semudah tu lagi. Kena dedahkan segalanya di mahkamah nanti. Sebab Puteri Sarah yang mula buka aib suami. Seolah-olah diri sendiri tu paling sempurna dan Syamsul pula jahat.
Bila semua di dedahkan, banyak yang tidak boleh di tuntut. Suami juga akan dapat hak penjagaan anak.
@Anonym…hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahagahahahahahahaha
Putri Sarah Liyana,terus maju kedepan sayang jangan patah balik pertahan kan penjagaan anak Karna ank² segalanya buat Sarah,ingat Sarah 4tahun bkn 4hari awk terluka,wanita bukan untuk di siksa di sakiti lepaskan je
sarah org yg tk tau menghargai mu, sy sentiasa sokong Sarah ,sy doakan Sarah sekeluarga sehat selalu dan di permudahkan segala urusan Aamiin
Nauzubillah