fbpx

“Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat” – Ibu Syamsul

Umum mengetahui, sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) minggu lalu gagal menemui jalan penyelesaian.

Susulan daripada itu, perkongsian ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail menjadi perhatian berharap agar menantunya berdamai namun bersyarat.

BACA: Puteri Sarah Enggan Berdamai, Nekad Mahu Bercerai

Menerusi perkongsian di Instagram itu juga, Datin Patimah turut berkata bagaimanapun menantunya itu berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

“Assalam, jangan buat spekulasi! Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat tapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak,” tulisnya.

Sementara itu, Datin Patimah turut mengatakan bahawa dia dan suami, Datuk Yusof Haslam memahami penderitaan yang ditanggung menantunya itu serta menegaskan Puteri Sarah adalah menantunya dunia dan akhirat.

Minggu lalu, Puteri Sarah berkata dia tidak mahu berdamai seperti diminta suaminya serta meminta agar segera diceraikan.