fbpx

“Kalau Kaki Sondol, Ingat Anak Tiri Nak Duduk Dengan Aku”

Sudah hampir tujuh tahun Faezah Elai mendirikan rumah tangga dengan pengarah Heykal Hanafiah, baru-baru ini pelakon itu meluahkan rasa berang apabila menerima mesej daripada netizen mempersoalkan layanan yang diberikan terhadap anak-anak tirinya.

Malah netizen tersebut turut mengelarnya kaki sondol dan menuduh Faezah tidak mempunyai hubungan baik dengan anak-anak tiri.

BACA: Faezah Elai Malukan Wakil Ambil Anugerah Fazura

Menerusi Instagram, Faezah memberitahu dia tidak suka menunjuk kebahagiaan kepada umum dan mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak memuat naik gambar bersama anak-anak tiri di media sosial.

“Received stupid DM semalam tapi sebab hakak tak suka nak viral-viral ni, hakak tulis sini supaya yang tak dak kerja tu ada bahan bacaan. My anak-anak tiri stay dengan hakak. Makan, pakai, sekolah aku yang buat sampai sekarang dah besar dah pon… It’s been 7 years now.

“Hakak tak kuasa nak amik video buat best tengah jaga anak-anak tiri pastu post kat media sosial and hadap pujian.

“I sacrifice my career for my 5 kids, kalau hakak kaki sondol, hang ingat anak-anak tiri nak dok lagi ngan aku ke woi!!

“Ampa ingat mak depa nak bagi ke stay ngan mak tiri dari kecik kalau aku ni kononnya kaki sondol? Mak mana yang nak bagi anak-anak dia dok dengan mak tiri kalau mak tiri mcm setan?,” tulisnya.

Dalam pada itu, Faezah memberitahu dia tidak menyalahkan netizen kerana mereka tidak tahu tentang perkara sebenar. Enggan ambil pusing dengan pendangan negatif netizen, menurut Faezah apa saja yang dia lakukan untuk keluarganya adalah kerana Allah.

Untuk rekod, Faezah berkahwin dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga tiga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.