fbpx

Faezah Elai Malukan Wakil Ambil Anugerah Fazura

Hanya kerana berbentuk sidikit gempal, wakil penerima anugerah, Fazura pada malam Anugerah Telenovela 2018 diperli oleh Faezah Elai selaku penyampai anugerah pada malam tersebut. Ramai mengkritik ‘gurauan’ pelakon itu yang keterlaluan dan mengguris hati.

BACA: Peminat Mahukan Fazura Terus Berhijab

Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan, seorang wanita mengambil anugerah yang dimenangi Fazura. Selepas itu, dengan bersahaja Faezah bergurau dengan mengatakan wanita itu merupakan Fazura selepas beranak lima.

Hal itu bagaimanapun tidak disenangi peminat, termasuk Fazura sendiri yang menyelar tindakan Faezah menerusi kenyataan di Instagram. Fazura berkata, sebagai wanita, beliau tidak patut memalukan wanita lain di depan orang ramai.

Kenyataan itu turut disokong oleh peminat beliau di ruangan komen. Lebih terkilan apabila, gurauan kasar Faezah terhadap wanita itu turut mengundang gelak tawa mereka yang hadir di dewan tersebut.

Bagaimanapun Faezah dalam kenyataan lain, menafikan berniat berbuat begitu dan menyatakan suaminya juga gempal membuatkan tiada sebab untuk dirinya berbuat begitu. Harapnya menjadi pengajaran buat Faezah supaya tidak jadikan bentuk fizikal sebagai bahan gurauan. (rtky/w)