Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelakon Alif Hadi mengakui kini sedang berkawan rapat dengan aktres dan pengacara Yasmin Hani dan dalam fasa mengenal hati budi.
Memetik Kosmo, Yasmin Hani berkata dia tidak mahu urusan perkahwinan dipandang ringan serta berharap lelaki pilihannya dapat menggalas tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
BACA: Yasmin Hani Tak Kisah Menjanda Sampai Bila-Bila
“Sebut-sebut (nak kahwin) itu dah ada tapi dia (Alif Hadi) tahu apa yang saya nak. Jangan main-main. Saya tak nak nanti, anak persoalkan saya bercerai lagi. Saya tak nak sebab budak-budak sekarang, mereka bijak.
“Tiada sesiapa kahwin nak bercerai tapi kalau dah jadi, saya percaya, mereka tidak mahu atau jauh sekali mahu dipandang hina sebab kita semua ingin mencuba.
“Jadi, anak-anak saya bijak dan saya boleh cakap, tiada siapa pun nak rumah tangga berakhir dengan perceraian sebenarnya,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata tiada masalah jika dia meneruskan kehidupan sebagai wanita berstatus janda sampai bila-bila.
“Saya tak kisah dan sebab itu saya cakap, kalau saya menjanda pun dan asalkan saya bahagia dan ada duit, saya jalan terus dan saya okey. Sebab zaman sekarang ini, ada duit, pandailah seseorang itu cari kebahagiaan mereka di mana.
“Bukan saya nak cakap duit segala-galanya. Kalaulah saya fikir duit sahaja, dah lama dah saya kahwin dengan kerabat diraja. Kalau tak dah berstatus Che Puan sekarang,” katanya.
Terdahulu, Yasmin berkahwin dengan bekas pemain drama kumpulan Blackrose pada 2011 namun bercerai tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.