fbpx

Yasmin Hani Tak Kisah Menjanda Sampai Bila-Bila

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelakon Alif Hadi mengakui kini sedang berkawan rapat dengan aktres dan pengacara Yasmin Hani dan dalam fasa mengenal hati budi.

Memetik Astro Gempak, Hani dia tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan dan hubungannya dengan Alif masih di peringkat awal perkenalan.

BACA: Alif Hadi Mahu Ambil Hati Anak-Anak Yasmin Hani Dulu Sebelum Bercinta

“Sebenarnya kami baru berkenalan dan ingin mendalami hati budi masing-masing. Kami berdua boleh dikatakan masih dalam peringkat permulaan.

“Masih terlalu awal untuk kami bercinta. Insya-Allah bila hubungan kami nanti sudah ada hala tujunya, kami akan kongsikan perkara baik ini nanti,” katanya.

Kembali bercinta selepas mengumumkan perceraian pada Disember tahun lalu, Hani berkata dia terpikat dengan sikap sopan dan penyabar Alif.

“Dia seorang lelaki yang sangat penyabar dan tidak suka memaksa. Malah seorang yang menghormayi orang serta sopan,” katanya.

Sementara itu, Alif mengakui tertarik dengan sifat Hani yang peramah, baik dan manis. Malah, Alif berkata mereka masih lagi dalam proses mengenali satu sama lain.

“Saya lihat Hani sebagai seorang wanita peramah, baik dan manis. Sedangkan saya sendiri pendiam orangnya. Tapi apa-apa pun, saya masih ingin mengenali dirinya. Hani bukan tidak pernah berkahwin sebelum ini. Jadi biarlah kami mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Hani berkata dia tidak meletakkan sasaran bilakah dia akan kembali berumah tangga kerana apa yang penting baginya untuk mencari kebahagiaan.

“Seandainya hubungan kami tidak menjadi, tidak mengapa. Jangan gaduh-gaduh. Walaupun saya sudah berumur dan terpaksa menjadi janda sampai bila-bila, yang penting saya gembira,” katanya.

Yasmi pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 dan bercerai pada Disember tahun lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.