fbpx

“Kalau Dulu Terselak Sana Sini, Sekarang Tutuplah, Harap Sempat”

Menjadi inspirasi ramai muslimah diluar sana apabila tampil berhijrah dengan imej bertudung labuh mengikut syariat, pelakon Noorkhiriah berpendapat semua orang perlu memberi kesempatan kepada diri mereka untuk berubah menjadi lebih baik.

Mengakui dirinya masih belum sempurna, Noorkhiriah meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk berubah. Katanya lagi, setiap orang ada hak untuk mengubah diri mereka perlahan-lahan agar terus istiqamah.

BACA: Noorkhiriah Jadikan MPV Van Jenazah, Sedia Perkhidmatan Percuma

Turut menitipkan pesanan buat wanita diluar sana, jika sebelum ini berpakaian terdedah sana sini, tutuplah selagi masih sempat. Ujarya, setiap manusia ada kisah gelap mereka masing-masing dan tidak perlu merendahkan sesiapa.

Menerusi perkongsian itu, Noorkhirah turut memuat naik perubahan imejnya dari bertudung singkat ke bertudung labuh.

Diruangan komen rata-rata netizen mendapat inspirasi dan kagum dengan perubahan tersebut serta berharap mereka juga akan mengikut jejak langkah pelakon itu suatu hari nanti.