fbpx

“Kalau Dulu Saya Jenis Yang Cepat Gelabah…”

Dipilih menjadi tetamu Allah di usia muda bagi mengerjakan ibadah haji baru-baru ini, Wany Hasrita berkata ianya pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan banyak mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.

Katanya lagi, dia kini semakin tenang dalam menyelesaiakan setiap masalah. Sudah bergelar hajah, Wany berkata perkara yang perlu diberi perhatian adalah soal penampilan dan pemakaiannya.

BACA: “Terpulanglah Nak Panggil Hajah Atau Wany Sahaja”

“Alhamdulillah saya rasa makin tenang, kalau dulu saya ni sejenis yang cepat gelabah. Namun kini saya mahu jadi individu yang lebih tenang dan bijak menguruskan masalah.

“Selain itu soal pemakaian, saya sangat beri perhatian. Selepas balik haji ni saya try hard untuk jaga dengan sebaik mungkin (menutup aurat),” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Wany menerima tawaran menunaikan haji itu disaat akhir daripada kerajaan Arab Saudi dan mengerjakan rukun Islam kelima itu bersama rakan artisnya, Amira Othman.