fbpx

“Terpulanglah Nak Panggil Hajah Atau Wany Sahaja”

Dipilih untuk menjadi tetamu Allah di usia muda bagi menunaikan Rukun Islam kelima, Wany Hasrita berkata dia menerima tawaran menunaikan haji itu disaat akhir daripada kerajaan Arab Saudi.

Tiada pengalaman menunaikan umrah sebelum ini, Wany akui perasaannya bercampur baur. Bagaimanapun dia tidak pergi seorang diri, rakan artisnya, Amira Othman akan turut bersamanya.

BACA: “Saya Berdebar Mahu Tunaikan Ibadah Haji”

“Mengikut perancangan awal, saya mahu membawa ibu tetapi dia tidak berkesempatan. Jadi, saya mengajak Amira dan ia pengalaman pertama menunaikan ibadah ini,

“Saya meminta bantuan rakan artis, Heliza Helmi untuk mendapatkan nasihat ustaz yang mengendalikan kursus haji secara peribadi,” katanya kepada Harian Metro.

Wany juga berkata tidak kisah jika ada yang memanggilnya dengan gelaran Hajah kerana baginya itu adalah satu doa yang baik.

“Sebaik pulang nanti, terpulanglah jika mahu memanggil saya Hajah. Jika tidak, panggil saja Wany Hasrita.

“Saya sedar seorang penyanyi. Boleh gelar saya sebagai Hajah dan ia juga satu doa yang amat baik,” katanya.