“Kalau Dukung Heroin Saya Tak Rasa Apa-Apa, Macam Dukung Kerusi Je”
Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin berkata dia bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada pelakon baru yang digandingkan bersamanya dalam filem mahupun drama.
Bagaimanapun, Zul berkata pelakon tersebut perlulah membuang ego serta berdedikasi untuk belajar serta memperbaiki mutu lakonan.
BACA: Sambut Hari Lahir Ke-35, Zul Ariffin Berazam Nak Tutup Kisah Lama
“Saya terbuka untuk bergandingan dengan sesiapa pun sama ada dia pelakon baharu atau lama. Malah saya juga tidak kisah untuk membantu, mengajar pelakon baharu asalkan mereka mahu belajar, letakkan dedikasi dan buang ego mereka ke tepi.
“Penonton percayakan lakonan saya dan bila saya keluar di kaca televisyen, mereka meletakkan harapan untuk melihat keberkesanan lakonan dan dengan siapa saya bergandingan,” katanya.
Kata Zul lagi, dia mengakui bukanlah seorang pelakon yang baik namun akan sentiasa cuba menjadi pasangan aktor yang mudah memberi kerjasama.
“Bila berlakon, kita tidak boleh ‘fly’ solo. Kalau saya seorang yang memberi, ia tidak akan menjadi. Jadi saya tidak kisah untuk ‘baby sit’ pelakon gandingan saya di set penggambaran, walaupun saya tidak dibayar untuk berbuat demikian,” katanya.
Dilihat sedang mendalami agama bersama Ustaz Ebit Lew dalam beberapa perkongsian sebelum ini, Zul berkata dia mahu memperbaiki lisan dalam usaha menjadi insan yang lebih baik.
“Ramai sudah tanya soalan ini dan apa yang boleh saya katakan, saya akan cuba jaga lisan dahulu. Perubahan itu akan berlaku secara perlahan-lahan.
“Bila berlakon, bukan saya yang request untuk dukung heroin saya. Tetapi saya hanya mengikut perjalanan cerita yang ditetapkan. Kalau dukung pun, saya tak rasa apa-apa. Terasa seperti mendukung kerusi sahaja,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Zul terkait dengan kontroversi mendukung heroin dalam sebuah drama lakonannya.
- SUMBER
- Utusan Online
hero tua…
yihhh.
Kalau drama indonesia dh lama ko dpt watak pakcik2. lol
Zul ripin berbakat dan ada aura. Bila dia muncul kita boleh expect dia bawa watak jd ahli gusti atau jd ceo kaya.
Heroin mcm ruhainesndan najuwa blh la sah2 derang papan.cerr dukung bella dowana.dottie ke.tgk rasa mcm dukung kerusi tak haha
Satu je.umur muda lg ghupe tua..skali tgk senyum dah rupa clown dlm ‘It’
Meh dukung i. I 70 kgs.hahahaha. mampu kah?
Dahla…walau belum kawin dah takle bawak watak hero nampak berumur…masa untuk kasi pada hero2 baru yg lebih nampak cute dikaca tv…seperti Hun Haqeem, Syafiq Kyle masih boleh…Hero2 remaja yg baru pun tak menarik…tapi tak taulah kalau esok2 dpt gi korea buat hidung
Dulu aku ingt dia ni baya2 norman hakim tau tak? Sekali sebaya abg aku je mak aih. Cpt sgt aging dia ni.
Haha what did you guys expect? Dari zmn P. Ramlee lg mmg hero2 melayu suka ambil karekter lelaki matang mid 30-40+ sbg watak hero. Tngk Rosyam Nor sampai 50+ pun masih jd hero bercinta dgn perempuan muda. Tu taste dan market drama melayu totok yg sayang umno bn penyamun. So hadap jek laa dah majority org melayu ni bnyk mkn duit haram tu yg benak, bodoh 7 keturunan!!!!
Hero kalo jmbu2 tu x logik la pula ada empayar sykt mcm megah holding.
This is malangsia,
Ko tgk blik yg watak hero amik rosyam nor yg kertu jd hero semua filer terbitan dia sendiri.
P ramlee gemuk sembap pun jd hero semua filem arahan dia sendiri.
Takdonye org nk ambik klu bukan dorang yg choose diri sendiri dlm movie tu.haha
Jdila pilem syok sendiri