Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 semalam, pelakon Zul Ariffin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan ucapan selamat buat dirinya.

Zul turut menzahirkan rasa syukur kerana Allah merahmati kehidupannya serta banyak memberi pengajaran dalam kehidupannya.

BACA: Zul Ariffin Dikejarkan Ke Hospital, Alami Tekanan Darah Tinggi

“Terima kasih semua untuk ucapan, saya sangat hargai. Saya telah lalui setahun yang penuh dengan jatuh bangun dan saya bersyukur kepada Allah kerana memberi kekuatan kepada saya melaluinya.

“Allah telah tunjuk siapa yang benar dan tidak benar, siapa yang ada untuk saya dan siapa yang tidak, orang yang boleh saya percaya dan yang tak boleh percaya,” katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata sudah tiba masanya untuk dia menutup kisah lama dan membuka buku baru serta mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.

“Tiba masanya untuk menutup kisah lama dan membuka lembaran baru. Saya ucapkan terima kasih dan akan tampil dengan lebih karakter, konten dan cerita untuk menemani anda semua di skrin..” tulisnya.