“Kalau Dia Kahwin Dengan Athira, Saya Akan Dapat Dia Yang Bahagia” – Shuhada
Meskipun berdepan duka selepas diceraikan suaminya, pelakon Hafidz Roshdi, namun Nurul Shuhada terus bangkit mencari rezeki buat anak diri dan anak-anaknya.
Menerusi satu perkongsian, Shuhada ada memuat naik jenama perniagaannya yang diberi nama ‘Satu Tak Cukup’ sekaligus menjadi perhatian ramai.
BACA: Tegur Shuhada Pakai Pendakap Gigi, Netizen Syak Hafidz Roshdi Depresi Lepas Lafaz Cerai
Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada dua cahaya mata itu serta mengatakan nama yang dipilih itu memberi seribu makna.
Menerus ruangan komen, Shuhada mendedahkan kenyataan Hafidz yang mahu menjadikan wanita yang didakwa orang ketiga dalam rumah tangga mereka sebagai isteri kerana cara itu dapat membahagiakannya.
“Katanya apa akan saya dapat kalau dia kahwin dengan Athira is “saya akan dapat dia yang happy dan bahagia”. Allah Allah. Untuk apa lagi setia, orang dah tak ingin hehehe,” tulisnya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila isterinya mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Kemudian, wanita bernama Athiya Yuhada memohon maaf kepada Shuhada kerana mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka serta mendedahkan Hafidz mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Kelirulah. Yang berbalas mesej lucah dan pergi surau tu orang yang sama ke lain?
Aku harap shu lepas ni make up make up sikit..muka kalau buruk boleh touch up bg cantik. Baru laki ada selera
Mata HR ni memang ade prob ke? Lain maciam btoi taste2 dia
Tak boleh brain alasan dia
Assalamualaikum…Shu,
segala-galanya telah tercatit.
Bangkitlah..InSyaaAllah ada hikmah disebalik penceraian mu.
Shu tak perlu nak ubah suai segala kurnian Allah pada diri mu, sebaliknya jadikan penceraian mu sebagai landasan untuk mendekatkan diri pada Allah dan didik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Doa sis dari jauh untuk mu, semoga Allah kurniakan kekuatan dan sentiasa melindungi diri mu dan anak-anak. Semoga Allah majukan perniagaan mu dan temukan jodoh mu dengan lelaki yang soleh yang dapat pimpin mu ke Jannatul Firdaus.
Aamiiin…aamiiin…aamiiin
Yaa Robbal ‘alamiiin.
Aku syak HR rabun dekat dan jauh teruk..
p check mata dulu apa2 hal pun HR.
ehhhh HR ni pelik betul