fbpx

“Kalau Company Tu Bapak Kita Punya Bolehla Self Lockdown”

Melihatkan kes Covid-19 mencecah 7,000, pelakon Janna Nick meluahkan rasa kesal apabila kerajaan tidak mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh bagi mengekang penularan virus berkenaan.

Menerusi satu entri di Instagram, Janna berkongsikan luahan kecewanya serta bimbang untuk keluar rumah. Katanya lagi, dia terpaksa keluar bekerja selagi tidak positif virus tersebut.

BACA: Sheila Rusly Bengang Dikaitkan Dengan Janna Nick

“Self lockdown? Ntah la nak. Kalau company tu bapak kita punya bolehlah self lockdown. Kalau tak, selagi tak positif selagi tu lah terpaksa keluar bekerja.

“Lagi satu, ingat berlakon ni boleh pakai mask ke? Ntah la, bukan nak merungut, kita ni risaukan orang lain, family. Takut kita ni jadi silent carrier..” tulisnya.

Dalam pada itu, Janna berkata pelaksanaan PKP 3.0 tidak membantu mengurangkan kes jangkitan dan hairan mengapa tidak melakukan total lockdown.

“Sorry terpaksa luahkan..Case dah mencanak-canak tetap taknak total lockdown. Kita semua tahu perlaksanaan MCO 3.0 ni tak akan turunkan case pun. Sorry membebel. I’m just pissed off and sad,” tulisnya lagi.

Diakhir perkongsian itu, Janna turut mendoakan mereka yang terpaksa keluar bekerja agar sentiasa selamat dan dijauhi daripada virus berkenaan.