fbpx

Pelawak Shuib Sepahtu berkata keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah adalah demi anak-anak yang masih kecil serta memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Memetik Utusan Online, Shuib mengakui tugas bapa bukan mudah serta  perkahwinan itu dalah untuk anak-anak dan jika memilij untuk diri sendiri dia akan terus membujang sahaja. 

BACA: Bapa Arwah Siti Sarah Dipuji Pinangkan Sendiri Watie Untuk Shuib

“Saya tahu tugas bapa berat dan tanggungjawab itu tidak mudah. Anak-anak saya masih kecil. Perkara ini juga tidak mudah bagi saya.

“Perkahwinan ini untuk anak-anak, saya memilih untuk mereka. Kalau saya pilih diri sendiri, saya akan terus menduda.

“Saya ada tanggungjawab yang cukup besar sebab Allahyarham Siti Sarah mahu saya besarkan anak-anak dengan cara dan jalan paling baik. Saya perlukan seseorang bersama saya,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berkata prsetujuan anak-anak adalah paling penting sebelum dia membuat keputusan mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Jun ini.

“Perkara seperti ini ada prosesnya. Walaupun anak-anak masih kecil tetapi saya tetap berbincang dan menjelaskan setiap keputusan. Apa-apa, saya tanya mereka dahulu.

“Proses itu lama sampailah saya berani cakap mahu berkahwin. Walaupun saya tidak tahu sedalam mana pemahaman mereka, tetapi saya tetap akan bagitau.

“Uwais adalah yang terakhir yang memberi persetujuan. Bila dia setuju, baru saya teruskan niat untuk berkahwin,” katanya.