Pernah gagal dalam percintaan sebelum ini, Zulin Aziz seakan trauma dan enggan terlalu terbuka lagi bercerita mengenai kisah cintanya selepas ini. Malah katanya, jika sudah berkahwin barulah beliau akan mengumumkannya.
BACA: Tanpa Pengantin Lelaki, Zulin Aziz Tetap Rakam Lagu Kahwin
“Saya sudah banyak kali gagal dalam percintaan. Dengan siapapun saya berkawan sekarang, saya lebih selesa berahsia dan doakanlah yang baik-baik. Kalau sudah berkahwin, barulah saya akan umumkan nanti”
“Saya juga tidak mahu orang tuduh macam-macam lagi dan menjadi bahan netizen. Kalau terdesak sudah lama saya kahwin kerana bukannya tiada orang yang ajak saya kahwin. Justeru, saya memilih untuk mengunci mulut”
Bagaimanapun Zulin tidak serik untuk membuka kembali hati yang kecewa sebelum ini dan mengharapkan jodoh yang datang selepas ini merupakan lelaki yang betul agar tidak kecewa lagi.
“Kalau boleh saya mahu berkahwin pada usia 30 tahun tapi kalau belum sampai jodoh, saya reda. Cuma saya berdoa tidak bertemu dengan lelaki yang salah dan keluarga akan mendapat malu lagi,” jelasnya.
Terdahulu Zulin pernah memberitahu bahawa beliau dilamar oleh seorang ahli politik dari Indonesia, namun tidak lama selepas itu perkahwinan yang dirancang dibatalkan secara tiba-tiba. (rtky/w)