fbpx

“Kalau Boleh Patah Balik, Saya Tak Nak Jadi Artis”

Selepas terpalit dengan kontroversi rumah tangga beberapa tahun lalu, lama Adi Putra berehat dari dunia lakonan. Pun begitu entri terbarunya meluahkan andai diundur masa Adi memilih untuk menjadi insan biasa menarik perhatian.

BACA: Adi Putra Nikah Semula Bekas Isteri Pertama

Menerusi Instagram, Adi memuat naik perbualan dengan ibunya mengenai jerih perit menjadi selebriti dan andai diundurkan masa, beliau mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa berbanding selebriti.

Jelas Adi, beliau sudah penat berbuat perkara baik namun masih tetap dipandang hina oleh netizen yang suka mencari kesalahan. Namun ibunya menasihati agar tidak mempedulikan kata orang asalkan Tuhan tahu apa kebaikan yang dilakukan.

Bagaimanapun perbualan Adi dengan ibunya membuatkan netizen tersentuh dan rata-rata menyokong apa yang dikatakakan oleh ibunya. Mungkinkah Adi sudah merajuk dan berputus asa dengan industri tanah air kita? (rtky/w)