fbpx

Adi Putra Nikah Semula Bekas Isteri Pertama

Berita gembira buat peminat Adi Putra apabila pelakon berkenaan telah melangsungkan pernikahan semula bersama bekas isterinya, Aida Yusof pada tarikh 18 Januari 2018. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Adi dan juga Aida di laman Instagram mereka.

BACA: Bekas Isteri Kedua Adi Putra Dihadap Ke Mahkamah

“Syukur pada Allah dan terima kasih pada yang hadir dan juga mendoakan buat saya dan @aidayusof15. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai ummah,” tulis Adi di Instagram.

Ternyata berita tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan juga pengikut laman sosial pelakon berkenaan. Namun apa yang pasti, permulaan baru ini semestinya menjadi kekuatan kepada pasangan ini untuk sama-sama menuju bahagia.

Adi dan Aida berkahwin pada 2006 dan belum dikurniakan anak sebelum ini dan pada 2016, Adi telah berkahwin dengan isteri kedua, Norshahida Dzolkifly.

Bagaimanapun pada Mac 2017, pelakon berkenaan menyatakan bahawa dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan isteri keduanya itu. (rtky/s)