Suami kepada pelakon Shiqin Kamal iaitu Mika Irfan Nojey berkata dia tidak menyekat isterinya untuk terus berlakon namun perlu menjaga batas serta tuntutan syarak.

Memetik mStar Online, Shikin berkata dia lebih suka berlakon dalam filem aksi dalam masa sama boleh menggunakan teknik kamera untuk menjayakan babak.

BACA: “Saya Nak ‘Man Provider’, Saya Nak Main Kuda Je”

“Saya memang suka berlakon cerita aksi, saya bukan jenis cerita romantik dan sebagainya. Jadi dalam cerita aksi bolehlah cuba buat babak dengan beralas atau menggunakan teknik kamera,” katanya.

Sementara itu, Irfan berkata dia mengakui perkara itu bukan sesuatu yang mudah apatah lagi pelakon perlu membawa watak untuk menjayakan babak serta jalan cerita.

“Saya tahu ia susah dan kadang-kadang kena buat babak yang menyampaikan maksud jalan cerita itu. Tapi kalau boleh berlakon ikut syariat, saya tak pernah dengar terma ini sebelum ini. Saya tak tahu ia boleh dilakukan atau tidak,” katanya.

Sumber: mStar Online

×