fbpx

Bella Astillah Tak Sangka Aliff Aziz Enggan Cerai

Nampaknya kemelut rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz masih berpanjangan apabila penyanyi itu enggan melafazkan cerai dalam sebutan kes hari ini.

Memetik Oh Bulan, Bella berkata dia terkejut dengan keputusan Aliff serta mengakui sudah penat. Menurut Bella, dia menyangkakan semuanya akan selesai hari ini.

BACA: Aliff Aziz Enggan Cerai, Masih Sayangkan Bella Astillah

“Saya sebenarnya sudah penat sangat dan memang tak sangka dengan keputusan hari ini. Selebihnya saya tidak mahu sebab saya dah banyak jawab semalam.

“Saya tak sangka dan ingat semuanya akan selesai hari ini. Siapa tak sayangkan rumah tangga, tiada siapa yang berkahwin nak bercerai berai,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkata tiada siapa mahukan perceraian dan mengakui ianya perkara yang paling ditakutinya namun baginya sudah cukup dia pertahankan rumah tangga mereka.

“Ini kali kedua saya datang mahkamah, ingat saya suka ke naik turun mahkamah? Perceraian adalah perkara yg paling saya takutkan sebab itu saya pertahankan bertahun-tahun. Tetapi saya rasa sudah cukup untuk saya pertahankan semua ini,” katanya.

Dalam sebutan kes hari ini, Aliff memberitahu mahkamah dia memerlukan masa untuk membuat keputusan dan masih sayangkan isterinya.

SUMBER: Oh Bulan