fbpx

“Kalau Bercinta Saya Jadi Lalai, Asyik Nak Berkepit Dengan Kekasih”

Masih lagi solo dan tidak mempunyai kekasih, penyanyi Aina Abdul mengakui sukar untuk menjalin hubungan cinta kerana bimbang akan membuatkan dirinya lalai.

Kata Aina lagi, buat masa ini fokus utamanya adalah kerjaya nyanyiannya serta meletakkan sasaran dalam tempoh 10 tahun ini untuk bekerja keras. Malah, Aina berkata ini bukan masanya untuk dia bercinta atau mempunyai kekasih.

BACA: Wajah Dihina Buruk, Aina Abdul Terpaksa Nyanyi Pakai Pelitup Muka

“Saya masih single tapi maaf, tidak ‘available’. Kali terakhir terjebak dengan cinta yang tak kesampaian adalah pada tahun 2014 dan sejak itu saya tutup pintu hati. Sebab saya tahu, Aina Abdul kalau bercinta, dia akan lalai buat kerja. Asyik nak berkepit dengan teman lelaki sahaja ibaratnya.

“Jadi tak naklah perkara itu berlaku sekarang kerana sasaran saya, dalam tempoh 10 tahun ini nak kerja sekuat yang boleh,” katanya.

Dalam pada itu, Aian berharap tidak ada pihak yang tersalah anggap dengan pandangannya itu mengenai mempunyai teman lelaki kerana dia bercakap berdasarkan pengalamannya.

“Bukanlah kata ada teman lelaki ini maka ada yang faham saya cakap yang seseorang itu akan lalai. Ini tentang diri saya sendiri.

“Ada dua sahaja mengenai Aina Abdul. Sama ada dia akan terlalu fokus bekerja atau dia terlalu asyik bercinta. Saya tak pandai seimbangkan dua benda dalam satu masa.

“Tak apalah, kalau tak ada kekasih sekarang, mungkin lelaki tersebut akan datang dalam hidup saya pada waktu yang tepat mengikut perancangan Allah SWT. Siapa tahu bukan?” katanya.