fbpx

“Bergelak Ketawalah, Ada Yang Mengejek Sebagai Jenaka” – Ali Puteh

Semalam hangat diperkatakan apabila Ali Puteh mendakwa jumpa taburan garam kasar, kulit limau dan bangkai mengkarung di luar rumahnya selepas kakak iparnya, Siti Norhidayah pulang dari rumah arwah abangnya.

Malah, Ali turut bertanyakan motif amalan khurafat itu dibuat serta mengatakan andai dia mati disebabkan benda tersebut, dia reda.

BACA: Ali Puteh Dakwa Jumpa Taburan Garam Kasar, Bangkai Mengkarung Luar Rumah Arwah Abam

Terbaru, Ali dilihat ada memuat naik satu perkongsian pagi tadi meluahkan rasa kecewa apabila pendedahannya itu menjadi bahan sindiran dan jenaka netizen.

Kata Ali lagi, mungkin ada yang menjadikan ianya bahan lawak kerana perkara tersebut tidak berlaku pada diri mereka lagi.

Dalam pada itu, Ali juga memberitahu dia telah pun ‘memulangkan’ barangan tersebut kepada pemiliknya serta berharap Allah mengampunkan dosa pemilik barangan berkenaan.

“Pada si penabur barang-barang tu, jangan risau kita dah pulangkan barang kamu. Kita tak berminat dengan barang kamu. Semoga Allah berikan keampunan dengan apa yang telah dibuat,” tulisnya.

Semalam, Hidayah memuat naik perkongsian berkunjung ke rumah peninggalan suaminya bersama peguam namun pintu tidak dibuka.

Sementara itu, Hidayah turut meluahkan rasa sedih melihat keadaan rumah yang penuh semak serta kesal apabila tidak dibenarkan masuk ke rumah arwah suaminya.