Pelakon Ruhainies meminta netizen yang memfitnahnya mempunyai hubungan sulit dengan seorang individu berpengaruh untuk kemukan bukti jika benar dakwaan berkenaan.
Memetik Oh Bulan, Ruhainies berkata dia tidak tahu dari mana bermula tuduhan berkenaan, namun apabila ditanya mereka juga tidak tahu dan hanya menulis sahaja.
BACA: Ruhainies Rugi Jutaan Ringgit, Hilang Tawaran Kerja Akibat Fitnah
“Dari mana punca pun saya tak tahu. Lainlah kalau ada gambar yang tersebar atau terserempak saya dengan individu itu di luar. Kalau ada, saya akan faham. Bagaimana mulanya tuduhan itu, saya pun tak tahu.
Bila tanya individu yang buat tuduhan pun mereka tidak tahu. Katanya mereka hanya menulis sahaja. Niat mereka hanya mahu menjatuhkan reputasi dan memburukkan nama saya.
“Saya tak kata nama saya bersih selama ini. Saya pun ada terpalit kontroversi juga. Walau dah kotor sekali pun, takkan nak kotorkan lagi. Mereka kaitkan saya bukan dengan orang biasa-biasa. VIP pula tu,” katanya.
Sementara itu, Ruhainies menyifatkan tuduhan itu keterlaluan serta meminta untuk kemukakan bukti jika dakwaan itu benar kerana selama ini dia bekerja keras namun dituduh ‘dibela’.
“Saya rasa dakwaan itu melampau. Saya kerja keras selama ini tapi senang-senang orang kata saya dibela dan ditaja. Kalau perkara ini benar, mana buktinya.
“Kalau boleh dibuktikan, saya pun takut nak ambil tindakan. Kalau orang dapat korek macam mana? Saya berani kerana benar. Kalau benar, buktikanlah. Samanlah saya,” katanya.
Sumber: Oh Bulan