Ruhainies Rugi Jutaan Ringgit, Hilang Tawaran Kerja Akibat Fitnah 

Pelakon Ruhainies berkata susulan fitnah membabitkan dirinya dia mengalami kerugian dianggarkan mencecah jutaan ringgit selepas kehilangan beberapa tawaran kerja.

Memetik mStar Online, peguam mewakili aktres itu berkata fitnah tersebut turut memberi kesan pada kerjaya dan sumber pendapatan apabila ada yang sudah bersetuju untuk kerjasama mahu menagguhkan projek. 

BACA: Ruhainies Nekad Saman Pemfitnah, Tuntut RM3 Juta Daripada Setiap Individu

“Keadaan ini menjejaskan nama baik, keluarga dan kerjaya Ruhainies. Beberapa syarikat yang sebelum ini bersetuju untuk berkolaborasi ambil keputusan untuk tangguhkan projek kerana isu fitnah ini,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies berkata ada kerjasama bersama beberapa jenama terpaksa dibatalkan melibatkan kerugian dianggar mencecah jutaan ringgit.

“Kerugian dari segi kerjaya dianggar mencecah jutaan ringgit kerana melibatkan banyak jenama dan projek bersama.

“Ada yang dibatalkan dan ada yang ditangguhkan. Namun, fokur utama saya adalah kesihatan mental, bukannya wang ringgit semata-mata,” katanya.

Semalam, Ruhainies memaklumkan dia nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu didakwa menyebarkan fitnah dia menjalinkan hubungan sulit dengan individu berpengaruh

Sumber: mStar Online

×