fbpx

“Kalau Arwah Sarah Masih Ada, Mesti Nak Masuk GV10” 

Umum mengetahui, Ahad lalu berlangsungnya konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza (GV) yang menjadi bualan ramai di media sosial.

Memetik Kosmo, pelawak dan penyampai radio, Shuib berkata jika arwah isterinya, Siti Sarah masih ada pasti dia mahu bertanding di All Stars Gegar Vaganza (GV10).

BACA: “Kita Tak Dapat Mamat Sebab Dia Di Tempat Paling Tinggi” – Nabil Ahmad

Shuib turut berkongsikan momen dimana arwah isterinya itu sangat gembira ketika dimaklumkan menjadi peserta GV3.

“Kalau arwah Sarah masih ada, pasti dia nak masuk bertanding di GV10. Saya tahu memang dia akan nak masuk (bertanding).  Sebab dia suka menyanyi. 

“Macam masa musim dia bertanding (GV3), kita nampak betapa gembiranya dia bila mana waktu itu kita buat kejutan di radio bagitahu dia salah seorang peserta GV3. Dia memang sangat teruja waktu itu,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berkata Sarah sangat suka menyertai pertandingan nyanyian dan akan memberikan yang terbaik setiap kalu membuat persembahan.

“Kalau pertandingan nyanyian, sudah tentu dia akan bagi 200 peratus komitmen. Dia memang akan buat yang terbaik dalam setiap persembahannya. Sarah orangnya sangat berdedikasi dan komited serta bersemangat lagi-lagi dalam pertandingan.

“Itulah dia. Nampak juga GV10 baru-baru ini. Saya tahu arwah sangat ‘looking forward’ untuk musim istimewa ini sewaktu masih hidup.  Mungkin dia sedang menyanyi di pentas yang lebih besar sekarang ini,”katanya.