Umum mengetahui, semalam berlangsungnya konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza (GV) yang menjadi bualan ramai di media sosial.
Namun, baru saja minggu pertama, gurauan pengacara Nabil Ahmad mengenai ketiadaan penyanyi, Mamat sebagai peserta musim ini menjadi tumpuan ramai.
BACA: Liza Hanim Bersuara Dikutuk Hidung Kembang, Kulit Wajah Berlubang
Pada awalnya, Elly Mazlein bergurau mempersoalkan ketiadaan Mamat dalam pertandingan kali ini kerana Ezad Lazim diundi untuk menyertai Hot Seat.
“Memanglah minat Exists. Ingatkan Mamat,” kata Elly sambil memalingkan wajahnya ke tempat lain dengan liuk manja.
Nabil kemudian mempertahankan Ezad serta mengatakan ‘tak dapat’ Mamat kerana dia berada di tempat lebih tinggi.
“Jangan cakap macam tu. Ezad ada kat sini tau. Abang Mamat kita tak dapat sebab dia berada di tempat yang lebih tinggi,” kata Nabil.
Gurauan Nabil itu disambut oleh Jihan Muse berseloroh mengatakan, “Ah ye, dia (Mamat) tengah hiking.”
Jihan juga seolah dilihat memberi peringatan menunjuk ke arah Nabil dengan mimik wajah seakan memberitahu guaraun tersebut tidak sesuai untuk tontonan umum.
Semalam, enam peserta diumum atas tiket ‘hot seat’ iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.