fbpx

“Kalau Anak Semudah Macam Beli Kucing, Esok Saya Beli”

Hampir setahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan cahaya mata, istei kepada penyanyi Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof mendedahkan menerima mesej dari seorang netizen mempersoalkan mengenai cahaya mata.

Memuat naik mesej individu itu di Insta Story, Nurulain berkata dia tidak tidak tersinggung namun dia merasakan pertanyaan itu tidak beradab. Ujarnya, soal anak adalah rezeki daripada Allah dan siapa kita untuk mempersoalkannya.

BACA: Isteri Sufi Rashid Bengang Didakwa Terlalu Seksi

“Okay baik! Kalau anak itu semudah saya beli anak kucing saya. Esok saya beli baby eh sis. Aku tak mengandung kau yang bitter.

“Tak macam bertanya pun kan guys kan? Tak tersinggung pun tapi cara kau cakap macam senang ja nak buat anak. “nak tu kan Allah yang bagi. Kita siapa sis nak mempersoalkan,” tulisnya.

Terdahulu, Sufie mengkui sering diasak mengenai soal anak namun perkara itu tidak pernah menjadi satu tekanan buatnya. Sufie yang merupakan juara Akademi Fantasia 2015 mendirikan rumah tangga dengan Nurulain pada 21 September 2019.