Isteri Sufi Rashid Bengang Didakwa Terlalu Seksi
Bukan mudah bergelar pasangan kepada selebriti kerana sudah pasti segala tindak-tanduk akan turut menjadi perhatian ramai. Malah, jika seseorang selebriti itu terpalit dengan kontroversi, pasti suami atau isteri akan terkena tempias sekali.
Baru-baru ini, isteri kepada Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof mendedahkan menerima banyak komen mengenai cara pemakaiannya yang dikatakan terlalu seksi daripada pengikut Instagramnya.
BACA: Isteri Sufi Rashid Hilang Sabar, Buat Laporan Polis
Tidak marah dengan kritikan diberikan, namun teguran yang dilakukan oleh netizen agak melampau sehingga turut melibatkan nama suaminya.
“Saya menerima banyak mesej dan komen, semua cakap pasal baju saya. Susahlah nak cakap guys, aku ni tak reti nak marah-marah dekat IG. Apa aku kongsi semua benda gembira, jarang aku nak marah lagi-lagi kat media sosial ni. Tapi korang makin melampau.
“Sebelum aku kahwin lagi aku memang pakai macam ni, tapi perlahan-lahan masa aku kenal Sufi aku tinggalkan apa aku patut tinggalkan,” tulisnya.
Menerusi kenyataan itu, Ain mengatakan bahawa dia akan terlebih dahulu meminta pendapat suaminya lebih-lebih lagi mengenai cara pemakaiannya. Malah, dia juga dalam proses untuk berubah menjadi isteri yang lebih baik.
Dalam pada itu, Ain berkata tiada masalah untuk menegur tetapi cara yang digunakan salah. Ujarnya lagi, tidak perlu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain kerana perkara ianya berdosa juga.
- SUMBER
- Astro Gempak
dah kawen ke sufi ? sbb snyap x de berita
who is he????
Boyak dah Sufi, bini pkai short jek netizen dah anggap seksi. Mmg taste taliban gk netizen2 ni kan?
Patut la mak dia x suka…..Now i get it….
Mak dia tak suka dia, dia suka pakai barang adik sufi tak mintak izin. Lepastu buat live ke igstory ntah x ingat. Macam tu lah perangai dia kat uitm dulu. Main pakai je barang org.
English berterabur ckp je melayu…apa saja
In conjunction ???? Lain kali guna perkataan mudah. Kan dah nampak mcm menunjuk nunjuk. Silap pulak tu..malunyer
wife die dah salam mak mertua blum?
Poyo lah kau nura. Kau bukan artis pun. Acah2 je lebih. Sape kenal minah ni dari zaman uitm tau lah perangai dia ni mcmana. Memang patut mak mertua tak suka kau.
cara yg digunakan adalah salah. haha org yg tak nak dengar nasihat pandai pulak nasihatkn org lain