fbpx

“Kalau Aku Mati Tolong Kebumikan Aku Tau”

Berita pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Abam Bocey menggemparkan industri seni tanah air semalam. Kesedihan itu turut dirasai oleh ahli keluarga, rakan-rakan artis serta para peminat di atas kehilangan insan hebat itu.

Bagaimanapun, gurauan Abam yang meminta Achey menguruskan jenazahnya jika sudah tiada akhirnya menjadi kenyataan. Perkara itu dikongsikan oleh Achey dimana arwah bergurau mengenai perkara itu sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

BACA: Fad & Achey Sanggup Ambil Alih Kerja Abam Yang Tertangguh Secara Percuma

https://www.instagram.com/p/B8aFbDFAyi1/?utm_source=ig_embed

“Terima kasih sahabat, love you so much. Semoga kita kekal sampai mati Fad Bocey & Achey. Kalau aku mati tolong kebumikan aku tau,” tulis Abam.

Menerusi perkongsian itu, Achey meluahkan rasa pilunya bahawa dia sudah pun menunaikan hasrat sahabat baiknya itu dan tidak menyangka gurauan tersebut menjadi kenyataan.

Terdahulu, Achey berkata dia dan Fad bersedia untuk mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam Bocey secara percuma untuk membantu keluarga arwah.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas dua hari mengalami demam panas.