fbpx

Fad & Achey Sanggup Ambil Alih Kerja Abam Yang Tertangguh Secara Percuma

Pemergian pelawak Abam Bocey bukan sahaja dirasai oleh industri hiburan tanah air, malah rakyat Malaysia. Namun, ianya pasti memberi impak besar buat Fad dan Achey yang sudah menganggap Abam seperti darah daging sendiri.

Dalam pada itu, Achey berkata dia dan Fad bersedia untuk mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam Bocey secara percuma untuk membantu keluarga arwah.

BACA: Fad & Achey Teresak-Esak Menangis, Terkejut Abam Dah Tiada

“Saya dan Fad berjanji jika ada kerja atau tawaran arwah yang masih tergantung, dalam penggambaran atau yang sudah diterima, kami sedia mengambil tugas itu secara percuma untuk dia serta keluarganya.

“Itu sahaja yang saya dan Fad dapat bantu isteri dan keluarga arwah Abam,” kata Achey menerusi laporan mStar Online.

Menurut Achey, meskipun Abam sudah tiada, dia dan Fad meneruskan perancangan mereka untuk menghasilkan sebuah program khas untuk peminat kerana itu adalah Abam.

“Sebenarnya kami bertiga sudah berjanji nak terbitkan sebuah program sendiri khas untuk peminat setia. Walaupun tiada pemintaan untuk Bocey di TV tapi tak apa, masih ada platform lain untuk orang tengok kami.

“Dua hari lalu kami ada berhubung di WhatsApp, sempat bergurau dan berbincang mengenai projek ini tapi itulah… semuanya dah disusun Allah.

“Apa-apa pun, saya dan Fad tetap akan teruskan projek itu bukan sebab kami nak tapi demi Abam kerana ini idea dia juga,” tambahnya.