fbpx

“Untuk Ada Lebih 3 Anak Dalam 5 Tahun Ini Tak Mungkin Berlaku”

Selamat mendirikan rumah tangga semalam, Remy Ishak berkata dia belum mempunyai perancangan untuk menimang cahaya mata dalam tempoh dua tahun perkahwinan.

Kata pelakon berusia 39 tahun itu, dia mahu stabilkan dahulu kehidupan apatah lagi dengan ekonomi sekarang tidak menentu sebelum melalui fasa bergelar ibu bapa.

BACA: Remy Ishak, Ezza Yusof Selamat Bernikah

“Dunia pun tak stabil lagi sekarang begitu juga ekonomi dan situasi politik negara. Sepanjang tempoh dua tahun akan datang kita rileks dulu, tak perlu nak memikirkan soal anak-anak. Tapi kalau Allah kurniakan, Alhamdulillah…

“Tapi untuk ada lebih daripada tiga orang anak dalam tempoh lima tahun, ia tak mungkin akan berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, meskipun sudah berkahwin Remy berkata dia tidak akan sesekali meninggalkan dunia lakonan dalam masa sama akan terus mengembangkan bidang lain terutamanya bisnes.

“Saya sudah memikirkan soal 10 tahun akan datang, memang ada plan. Saya tak akan hanya fokus kepada berlakon semata-mata.

“Ezza ada bisnes, saya pun ada bisnes. Saya tak jadikan lakonan 100 peratus punca pencarian saya dan akan buat sesuatu yang berbeza,” katanya.