fbpx

Bakal mendirikan rumah tangga, pelakon Syafiq Kyle berkata antara persiapan yang dilakukan adalah memastikan dirinya bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Memetik Oh Bulan, Syafiq berkata dia banyak meminta mendapat serta bertanya dengan orang sekeliling mengenai hal menguruskan keluarga.

BACA: Syafiq Kyle Banyak Tengok Ceramah Agama Persediaan Untuk Jadi Suami

“Sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ini, ini perkahwinan pertama dan ini merupakan persiapan pertama yang pernah saya buat.

“Saya banyak bertanya kepada orang-orang terdekat bagaimana mereka menguruskan keluarga, menjaga isteri, anak-anak dan sebagainya.

“Secara spesifik mungkin saya ada pengalaman menguruskan kehidupan peribadi, jadi saya gunakan juga pengalaman yang ada, suai dan padankan.

“Yang penting jangan malu bertanya, apa dugaan orang lain saya boleh ambil pelajaran daripada situ,” katanya.

Ditanya sama ada dilanda ujian sepanjang tempoh pertunangan, pelakon berusia 30 tahun itu enggan mengulas lanjut dan biar hanya dia sahaja yang mengetahui.

“Alhamdulillah, baik semuanya. Tapi kalau ada ujian bertunang sekali pun tak akan saya nak kongsikan kepada umum.

“Sekiranya ada atau tidak ujian itu hanya saya sendiri yang mengetahui. Perkahwinan ini merupakan yang pertama untuk saya. Banyak hal yang saya belajar dan kawal menguruskan perkara begini (perkahwinan). Saya perlukan sokongan juga orang sekeliling,” katanya.