fbpx

“Kalau Ada Anak Dah Masuk Darjah 3 Dah” – Izzue Islam

Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, pasti pelakon dan penyanyi Izzue Islam tidak berhenti berdoa agar dikurniakan cahaya mata.

Menerusi perkongsian terbaru, Izzue memuat naik gambar bersama isterinya, Awin Nurin sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9.

BACA: Sering Ditanya Soal Anak, Izzue Islam Stres & Tertekan

Turut menjadi perhatian kapsyen Izzue, dimana pelakon itu mengatakan jika mereka dikurniakan zuriat pasti anak mereka kini sudah masuk darjah 3.

Dalam entri tersebut, Izzue turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan dia dan isteri.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat Izzue dan isteri serta mendoakan pasangan itu dikurniakan zuriat suatu hari nanti.