Sering Ditanya Soal Anak, Izzue Islam Stres & Tertekan
Hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasti pelakon dan penyanyi Izzue Islam tidak terlepas berkenaan soalan mengenai cahaya mata.
Berkongsikan mengenai perkara itu dalam program temu bual Wanita Hari Ini, Izzue mengakui pernah berasa tertekan sering ditanyakan mengenai soal anak. Izzue berkata anak memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga namun belum rezeki untuk mereka menimang cahaya mata.
BACA: Kaki Isteri Izzue Islam Bengkak, Lebam Gara-Gara Seekor Biawak
“Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin, kawan baru sahaja dah dapat anak. Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.
“Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan mengguris hati kita,” katanya.
Dalam pada itu, Izzue berkata meskipun belum dikurniakan cahaya mata, dia dan isteri Awin Nurin tetap bahagia serta sentiasa bersikap positif jika berdepan soalan tersebut.
“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stress. Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdullilah,” katanya.
Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
- SUMBER
- Media Hiburan
Belum sampai 1 abad izzue, masi muda ada masa kmu lagi nak berusaha…janji kmu setia ngan bini kmu, wlw x scantik mana…bkn cam pelawak tu , isteri dah cantik beri anak dh, x serik jumpa pompuan lain…
Yg hensem mcm izzue setia.. Yg kurang hensem buat hal pulak.. Donia2..
Biarlah izzue. Ada org 10 taun kawin, baru dpt anak 1st. Biasalah acik2 bawang Malaysia, suka sibuk Hal org. Anak dara org kawin lambat diumpatnya, disindirnya tak laku2. Org kawin Lama tak dpt anak sibuk Tanya bila nak beranak, dah ada anak 1 sibuk pulak Tanya bila nak tambah anak. Ada anak 2, 3 org tapi sume laki/ pompuan tak puas ati lagi. Org keje sendiri kutuk lagi kenapa tak keje kerajaan? Org dah keje kerajaan tapi jwtn kerani je , mengutuk lagi. Tu mmg sifat natural acik2 bawang. Saba je lah izzue. Mudah2an ada rezeki izzue & awin nnti.
tak kawin, ditanya bila nk kawin..
dah kawin, ditanya pulak bila nk ada anak…
dah ada anak 1, ditanya pulak bila nk tambah lagi…..
Apo???
biase org berbahasa basi…
xpe yg penting hang setia…
jgn stress nanti bini hang pn stresss…
sbb stress la susah jgk nk ade zuriat….
tips nk hamil..Insya Allah
0) URUT SENGKAK DULU/ NAIKKN PERANAKKAN..
1) PINDAH RUMAH / BILIK
2) JGN STRESS!! HAPPY JEW
3) CHECK KESUBURAN
4) KIRAAN MESTI TEPAT WAKTU SUBUR JGN BUAT
(BUAT SEBELUM / SELEPAS SUBUR)
5) PEGANG/USAP PERUT BABY BUMP KWN2/ADIK2 YG
PREGGY NK DPT AURA BABY
6) MAKAN SISA MAKANAN KWN2/ADIK2 YG PREGGY NK
DPT AURA BABY
7) SENTIASA BERBUAT BAIK PADA BUDAK2/ SUKA KAN
BUDAK2
8) MAKAN SUPPLEMENT / FOLIC ASID / JAMU NENEK
9) PASTIKAN PERIOD/HAID DATE TERATUR TIAP BULAN
10) PAD PAKAI YG ADA HERBA (utk yg masalah sengugut)
11) JGN LASAK / BYKKN BEREHAT
CUBA TIPS INI DALAM SETAHUN INSYA ALLAH…
Bab anak ni soal rezeki. Ada orang tak ada masalah kesihatan apa pun, tapi belum dikurniakan zuriat. Mungkin belum sampai masa, belum ada rezeki anak. Betul lah, kita kena positif je. Insha Allah, sampai masa Allah bagi rezeki tu.