fbpx

Sharifah Sakinah Nafi Khabar Angin Sedang Hamil

Akibat daripada status yang dimuat naik oleh pelakon, Sharifah Shahirah mengenai adiknya, Sharifah Sakinah yang sedang hamil di laman sosial, beliau dihujani dengan ucapan tahniah oleh peminat yang menyangka pelakon itu sedang hamil. Bagaimanapun, Sakinah ketika dihubungi menafikan perkara itu dan menjelaskan bahawa kakaknya hanya bergurau sahaja.

BACA: Adegan Panas: Suami Sharifah Sakinah Tak Kisah?

screen-shot-2016-10-19-at-12-31-07-pm

“Saya tak hamil. Kakak saya sekadar bergurau, tak sangka pula pengikutnya ambil serius. Saya percaya aturan Allah jauh lebih baik daripada apa yang dirancang. Mungkin belum rezeki saya untuk menimang cahaya mata,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.

Selepas mengalami pengalaman pahit apabila keguguran pada penghujung bukan Mac lalu, Sakinah lebih selesa menyerahkan soal zuriat kepada Yang Maha Esa. Walaupun beliau pernah mengatakan belum bersedia untuk mempunyai anak, namun mengandungkan bayi yang dipinjamkan sekejap buat dirinya itu cukup memberikan kenangan indah buat beliau dan suami.

Terdahulu, Sakinah mengalami keguguran selepas bayi yang dikandungkannya meninggal dunia pada usia masih di peringkat awal. Menurutnya, beliau hanya mendapat tahu mengenainya dua minggu sebelum keguguran dimana usia bayi pada ketika itu masih kecil. Namun beliau dan suami, Aliff Adha menerima ketentuan serta ujian yang diberikan itu dengan redha. (rkty/w)