fbpx

Kaka Azraff Unfollow Suami Di Instagram?

Sudah lama rasanya tak dengar cerita mengenai Kaka Azraff. Namun, tiada angin tiada ribut, rumah tangga Kaka hangat diperkatakan apabila penyanyi itu dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya, Adam Azriff.

Menerusi Astro Gempak ruangan Miss K, Kaka dikatakan sudah tidak mengikuti Instagram suaminya tetapi Adam masih mengikuti akaun Instagram Kaka. Tampil menjelaskan apa yang berlaku, Kaka berkata dia secara tidak sengaja unfollow Instagram suaminya.

BACA: Kaka Azraff Bangga Suami Pertama Kali Tukar Lampin Anak

Menurut Kaka, rumah tangganya berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak berdepan sebarang masalah. Malah, suaminya juga turut rasa geli hati apabila membaca artikel mengenai perkata itu.

“Sejujurnya, saya memang tidak sengaja nak unfollow Adam dan sendiri tak perasan bila masa pula saya tertekan butang unfollow itu.

“Hubungan saya dan suami baik-baik sahaja dan boleh dikatakan setiap hari kami fall in love with each other. Adam pun rasa geli hati bila saya tunjuk artikel mengenai perkara itu,” katanya kepada mStar Online.

Kaka dah jelaskan hal tersebut dan diharap tiada spekulasi liar mengenai rumah tangga mereka. Mungkin Kaka sendiri tak perasan kerana sibuk dengan anak.