fbpx

Kaka Azraff Bangga Suami Pertama Kali Tukar Lampin Anak

Baru saja menimang cahaya mata sulung pada 12 Oktober lalu, Kaka Azraff meluahkan rasa bangga dengan suaminya, Adam Azriff pertama kali menukar lampin anak mereka, Aslan.

Perkara itu dikongsikan oleh Kaka dengan peminatnya menerusi akaun Instagram. Kaka memberitahu suaminya menukar lampin anak mereka ketika dia sedang menjalani pemeriksaan doktor.

BACA: Kaka Azraff Berpantang Di Pusat Penjagaan 5 Bintang

https://www.instagram.com/tv/B32InmkDqv6/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=dlfix

Kaka turut memuji suaminya yang bijak mengawal keadaan dan berjaya menukar lampin anak mereka.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji suami Kaka tidak kekok menguruskan anak walaupun baru saja menimang anak sulung.

Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.