Kaka Azraff Terkilan Dituduh Sebar Gambar Bogel. Simpati Dengan Mangsa
Mungkin tidak perlu lagi kami sebut nama selebriti tersebut namun baru baru ini sekeping gambar separuh bogel beliau telah tersebar di internet dan walaupun belum ada kesahihan tentang identiti empunya gambar, ramai peminat berspekulasi ianya memang milik pelakon wanita popular itu.
Dalam kekecohan tentang gambar yang tersebar itu, nama Kaka Azraff terpalit dikatakan sebagai penyebar gambar tersebut lebih lebih lagi beliau sebelum ini pernah juga dikaitkan dengan kontroversi berkaitan teman lelaki pelakon wanita tersebut.
BACA: Kaka Azraff Nafi Jadi Punca Tasha Shilla, Hans Berpisah
“Mengaitkan diri saya dengan penyebaran foto terbabit sememangnya satu fitnah terlampau. Saya sangat marah pada orang yang menyebarkan gambar itu. Gara gara dirinya, nama saya terpalit sama sedangkan saya tidak tahu menahu langsung tentang hal ini,” kata Kaka Azraff.
Kaka Azraff juga meluahkan rasa simpati terhadap pelakon wanita tersebut dan sebagai seorang wanita juga beliau turut merasa malu dengan kejadian ini.
“Saya sudha penat dengan gossip dan kontroversi. Ramadhan tahun ini banyak mengajar saya untuk mendekatkan diri dengan Allah dan tidak mahu lagi dengar pelbagai cerita panas berbanding kerjaya seni saya,” tambahnya lagi kepada Berita Harian. (rtky/m)
Ko buat pulak laporan polis dituduh sebarkan gmbr..tu pun kalau tak salah la
tak tahulah nak percaya ke tak..2×5
Betul tu
WAH..WAH……..KAK BEDAH…….HARI NI BERSEMANGAT YE KAK BEDAH POST KOMEN………TIJA NENGOK SEMUA ARTIKEL ADA KOMEN KAK BEDAH……….
kak bed baru baik demam tija oiiii..
lagipun rindu nak bls2 komen dgn tija kesayangan ni.
Hambar la komen korg … Hmmm
SEsiapa yang dituduh tanpa bukti boleh melaporkan hal demikian kepada pihak polis.. biar pihak polis bertindak menyiasat hal ni dan bawa penjenayah ke muka pengadilan.