fbpx

Kaka Azraff, Suami Pilih Nama Anak Aslan

Tahniah diucapkan buat penyanyi Kaka Azraff dan suami Adam Azriff yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada 11 Oktober lalu.

Menerusi Instagram, suami Kaka Azraff berkongsikan wajah anak mereka serta mengumumkan nama anak sulungnya itu iaitu Aslan Bin Adam. Dalam perkongsian tersebut, Adam turut mendoakan anaknya membesar dengan hebat dan taat pada perintah Allah.

BACA: Kaka Azraff Selamat Lahir Bayi Lelaki Secara Bedah

Perkongsian tersebut dihujani dengan komen netizen yang memuji nama dan kecomelan anak pasangan itu.

Tahniah sekali diucapkan buat pasangan ini, pastinya rumah tangga akan lebih bahagia selepas memiliki cahaya mata . Semoga segala urusan berpantang Kaka juga berjalan dengan lancar.