fbpx

Kaka Azraff Selamat Lahir Bayi Lelaki Secara Bedah

Tahniah diucapkan buat penyanyi Kaka Azraff dan suami Adam Azriff yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka semalam. Berita gembira berkenaan disampaikan oleh Kaka sendiri di laman sosialnya.

BACA: Netizen Meluat Kaka Azraff Megah Tayang Perut

Menerusi perkongsian di Instagram, Kaka turut memuat naik gambar bayi lelaki mereka berserta dengan rasa syukur kerana dapat melahirkan bayi mereka dalam keadaan yang sihat dan baik secara pembedahan.

Di ruangan komen ramai membanjiri laman sosial penyanyi itu, dengan ucapan tahniah diatas kelahiran cahaya mata sulung pasangan itu. Bagaimanapun buat masa ini Kaka masih belum mendedahkan nama bayi comel mereka.

Apapun tahniah sekali diucapkan buat pasangan ini, pastinya hidup bertiga selepas ini dapat menceriakan lagi suasana. Semoga segala urusan berpantang Kaka juga berjalan dengan lancar. (rtky/w)