fbpx

Kaka Azraff Penat Sangat Jaga Anak Sampai Menangis

Setiap wanita yang berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Malah, mereka akan lebih pengorbanan seorang ibu apabila suatu hari nanti tiba giliran mereka menggalas tanggungjawab berkenaan.

Menerusi Instagram, penyanyi Kaka Azraff berkongsikan kisah kehidupannya selepas dikurniakan cahaya mata di mana dia mengakui banyak pengorbanan yang dilakukan setelah bergelar ibu.

BACA: Kaka Azraff Unfollow Suami Di Instagram?

Dalam entri tersebut, Kaka sangat mengagumi pada suami ibu sama ada yang bekerja mahupun yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Ujarnya, dalam kehidupannya kini apa sahaja yang dilakukan perlu utamakan anak.

https://www.instagram.com/p/CDx129Qjqo8/?utm_source=ig_embed

“Nak buat apa-apa pun fikir anak dulu. Nak makan, nak kemas rumah, nak exercise, nak mandi pun tak senang. Thats my life now. Respect semua mom dalam dunia ni, kerja atau tak kerja.

“Sama je penat dia. Kan? Rasa nak nangis bila penat, dah nangis dah pun tapi bila tengok anak menari-nari, buat muka comel terus hilang rasa penat tu. Mommy love you Aslan!” tulis Kaka pada entri tersebut.

Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 2018 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan.